Thursday, May 7, 2009

Kain Lampin Moden

Posted by penerangan muslimat dungun at 7:14 PM

Apa dia lampin kain moden ?
Ia kain lampin yang digunakan bagi memudahkan penggunaan kain lampin biasa yang perlu dilipat terlebih dahulu. Lampin kain moden boleh digunakan seperti kain lampin pakai buang seperti drypers. Ia diperbuat daripada beberapa jenis material ; kulit luar dari PUL sejenis kain yang tidak menyerap air, lapisan dalam dari fiber buluh atau microfibre yang lembut pada kulit bayi tetapi menyerap air dengan baik.

Kenapa perlu menggunakan kain lampin moden ?

1.Lebih menjimatkan.
Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga berumur 2 tahun ke 2 tahun setengah. Jadi mereka akan menggunakan kira-kira
2 x 12 x 30 = 720 hari @ 2.5 x 12 x 30 = 900 hari

Katakanlah setiap helai kain lampin pakai buang berharga RM0.45 dan seorang bayi memakai 5 helai lampin sehari semalam. Jadi;

720 x 0.45 x 5 = RM 1620 @ 900 x 0.45 x 5 = RM 2025

Manakala lampin pakai buang yang kami tawarkan hanya RM 35.00 –
RM 45.00 jadi katakanlah seorang bayi memakai 5 helai lampin pakai buang sehari jadi

RM 35.00 x 10 helai ( andaikan sehari pakai dan dibasuh keesokannya) = RM 350.00 seumur hidup bayi ( dan boleh dipakai untuk adiknya ) @
RM 45.00 x 10 helai = RM 450.00

JADI ANDA JIMAT ; RM 1270.00 HINGGA RM 1675.00 !!!
Apa agaknya yang dapat anda beli dengan wang sebanyak itu?

2. Lebih selamat kepada alam sekitar.
Bayangkan setiap seorang bayi menggunakan 3600 hingga 4500 helai seumur hidupnya. Kalau sejuta orang bayi ?

3. Lebih selamat kepada kulit bayi.
Lampin pakai buang mengandungi Carcinogenic Dioxin yang digunakan untuk pelunturan kertas yang digunakan ketika membuatnya. Bahan ini sebenarnya adalah antara sebab kepada kanser, kerosakan genetik dan masalah kulit. Lampin pakai buang juga mengandungi Sodium polyacrylate, bahan seperti gel yang digunakan untuk menyerap lembapan. Bahan ini ada masanya menyerap lembapan dari kulit bayi yang menyebabkan keradangan kulit yang kadangkala hingga menyebabkan demam dan lain-lain. Selain itu ia juga mengandungi TRIBUTYL TIN yang mengandungi bahan toksik yang tinggi hingga menyebabkan masalah hormon yang mengurangkan sistem antibodi dan sistem hormon.

4. Lebih mudah untuk mengajar mereka ke tandas.
Ibu-ibu merasa tidak rugi sekiranya lampin yang baru dipakai terpaksa dibuang dalam usaha mengajar anak anda buang air di tandas!!





2 comments:

Cik CT on May 19, 2009 at 1:51 AM said...

jual CD ke?bape sekeping??

penerangan muslimat dungun on June 30, 2009 at 6:24 PM said...

To Cik CT;
cuma RM 29 hingga RM 50.00 sekeping... meh la tengok pakej2 yg ada

Post a Comment

 

Cloth Diaper murah! Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez